Sign in, Post My Company, Join free!

USA | China | Japan | Germany | France | UK | Brazil | Italy | Russia

Manufacturer | Trade | Wholesaler | Agent | Buyer

Hot: Rice | Furniture | electronics | Laptops | mobile phones | shoes | Sugar | T-shirts | computers | Cement | accessories | garments | Iron Ore ...

Djrizal Enterprise

Home > Malaysia (21057) > Selangor (5911) > Petaling Jaya (1245)
Djrizal Enterprise (DE) telah ditubuhkan pada 22 Julai 2011. Dengan modal yang sangat kecil DE memulakan operasi perniagaan dengan memberikan perkhidmatan berkaitan internet kepada pelanggan. Pemilik DE mahir dalam membangunkan beberapa platform laman web seperti blog, portal, papan forum dan kedai atas talian. Dengan kemahiran tersebut, DE membangunkan kedai atas talian khusus untuk menjual majalah Islam seperti Majalah Solusi, Majalah Al-Ustaz dan Majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru Sdn Bhd termasuk buku-buku terbitannya.
Pada tahun 2012, DE telah menjalin hubungan dengan beberapa pengeluar peralatan audio professional dan peralatan berkaitan penyiaran bagi mengedarkan barangan mereka untuk pasaran di Malaysia. Dalam kata lain, DE berhasrat untuk mengembangkan operasi perniagaan dalam bidang pengedaran peralatan audio professional dan peralatan berkaitan penyiaran di samping perkhidmatan berkaitan internet dan penjualan bahan bacaan yang masih mendapat permintaan.
Misi DE adalah untuk kekal bersaing secara sihat dalam bidang yang diceburi dengan menjadikan peluang yang datang sebagai tapak untuk maju ke hadapan dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan diingati oleh pelanggan.
Dengan motto "Mudahkan Pembelian, Cepatkan Penghantaran", DE yakin mampu bertahan lebih lama dalam perniagaan yang diceburi dan mampu bersaing dengan perniagaan besar yang telah lama bertapak di Malaysia.
Company NameDjrizal Enterprise
Business TypeDistributor/Wholesaler
Main ProductsMXL Microphone, Magazine, Pro Audio
Total No. EmployeesFewer than 5 People
CityPetaling Jaya
Province/StateSelangor
Country/RegionMalaysia
Contact PersonMr. Muhammad Samsul Rizal Bin Masron
Telephone6***********7  View all, please login
Mobile6*********9  View all, please login
Street AddressJ-309 Apt Lestari Jln PJU 10 / 1B Damansara Damai
Zip Code47830
sell123 URLhttp://www.sell123.org/company/Malaysia/1156303.htm

Suppliers By Region

By Business Type



Copyright © 2014 Sell123.org. All rights reserved.